Usamos cookies para mejorar tu experiencia de juego y para analizar nuestro tráfico. También compartimos información de tu uso de nuestro sitio con nuestros asociados de los medios sociales, publicidad y analítica.
Detalles OK
Usamos cookies para mejorar tu experiencia de juego y para analizar nuestro tráfico. También compartimos información de tu uso de nuestro sitio con nuestros asociados de los medios sociales, publicidad y analítica.
Detalles OK
JUGARSobre MyRacingCareerBlogTérminos de ServicioPolítica de Privacidad

Formula 1 - Lebih Jawapan kepada Pengurus

Formula 1 - Lebih Jawapan kepada Pengurus

Arskap diberi tugas mengumpul soalan daripada anda semua dan saya akan menjawab kesemua soalan yang diberikan. Berharap kesemua pengurus kumpulan kini jelas. Saya berharap :) Baca dengan teliti! Dan jika mempunyai soalan yang lebih, sila hantar kepada Arskap dan kami akan menjawab dalam berita yang akan datang.

Formula 1 - Lebih Jawapan kepada Pengurus

Umum
Bilakah sesi perlumbaan F1 akan bermula?
Permulaan musim perlumbaan F1 dirancang bermula pada permulaan MRC musim ke-9 . Kereta sepatutnya siap sebelum itu! Justeru itu, pembinaan casis hanya dibenarkan untuk musim ke-9. Pada masa akan dating pembinaan casis boleh dilakukan untuk musim semasa dan musim seterusnya.

Adakah ia berkemungkinan untuk menyembunyikan perkara yang dilakukan oleh pasukan? Pada waktu ini semua orang boleh melihat apa yang dilakukan oleh pasukan lain , tetapi sepatutnya ia tidak dilakukan secara begitu atau dilakukan di dalam realiti.
Kami tidak rasa ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan. Ia tidak semudah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pasukan lain melalui data yang dapat dilihat. Terdapat data yang lebih banyak daripada yang dapat dilihat. Dan kami rasa bahawa terdapat lebih banyak cara lain untuk menipu menggunakan pasukan F1 dan pemandu anda, jadi kami rasa bahawa ia bagus untuk memberi semua orang melihat kebanyakan data pasukan.

Dalam susunan manakah perkara ini akan berlaku: menandatangani pemandu/menandatangani penaja/ membeli bekalan
Bergantung kepada pengurus. Pembekal adalah bebas, anda boleh melakukannya tidak lama lagi. Menandatangani pemandu sebelum penaja adalah lebih munasabah kerana tawaran penaja dipengaruhi oleh kemahiran pemandu.


Pemandu
Adakah pemilik tunggal mesti menyediakan 3 kontrak untuk pemandu? 2 sepatutnya mencukupi, jika hanya seorang sahaja yang akan memilih.
Kami akan membuat sistem yang sama untuk semua pasukan untuk memudahkan kita. Di sisi lain kami berfikir untuk menukar peraturan ini. Idea asal adalah untuk memberi kawalan kepada pengurus pasukan untuk memberi keputusan utama. Tetapi kami mencipta sistem dimana pengurus pasukan dapat memanggil balik keputusan salah yang dilalukan dalam jangka masa yang pendek. Jadi kami rasa mengundi untuk pemandu adalah tidak diperlukan. Ini akan memberi kemungkinan untuk menandatangani pemandu untuk musim depan dengan lebih capat. Dan adalah berkemungkinan untuk membatalkan kontrak dalam masa kurang dari 3 hari selepas menandatangani pemandu jika masih mempunyai masa sebelum musim seterusnya. Walaubagaimanapun, sesetengah daripada kamu mungkin tidak akan setuju dengan perubahan ini jadi kami mahu melihat reaksi anda sebelum memutuskan keputusan.

Bila kita dapat menandatangani pemandu? Adakah kami akan membayar mereka setiap minggu?
Bergantung kepada kontrak diantara pasukan dan pemandu. Kontrak akan mengandungi 1 kali bayaran tandatangan kontrak(pemandu ke pasukan atau pasukan ke pemandu) dan bayaran mingguan (pasukan ke pemandu. Kesemua ini boleh berada di 0


Pekerja
Adakah akan terdapat lebih baik dan lebih sesuai pekerja di pasaran? Sesetengah harus mempunyai 2 atau 3 kemahiran yang sangat baik mengikut keterangan.
Pertandingan ini adalah sama untuk semua orang. Jangan harap banyak pekerja berkualiti 99. Hanya terdapat satu Adrian Newey dalam F1 sebenar. Tetapi pekerja baru akan dijana secara lawak jadi employee baru akan munch tidak lama lagi…

Apakah tujuan mekanik? Adakah untuk menghimpun kesemua bahagian? Atau adakah tujuannya berkaitan dengan pit krew?
Kegunaan mekanik adalah untuk semas sesi ujian dan perlumbaan dan juga nama lain untuk kedudukan kerja boleh diklasfikasikan sebagai pit-krew. Mereka menukar tayar, membetulkan kereta dan menukar persediaan kereta. Tetapi mereka hanya melakukan kerja kasar. Mereka tidak menganalisis data. Membina kereta adalah tanggunjawab jurutera. Dan analisis hasil ujian dilakukan oleh jurutera lumba atau jurutera ujian. Pereka bentuk hanya bertanggungjawab atas aspek reka bentuk kereta sahaja dan merubah reka bentuk dari hasil analisis daripada jurutera.

Adakah kami perlu mengupah pit krew, atau adakah pemandu perlu mempunyai pit krew tersendiri, atau adakah kami boleh menggunakan 1 pit krew untuk kedua dua pemandu. Do we have to employee a pit crew, or does the driver has to have one, or can we use 1 crew from any driver for both drivers?
Mekanik adalah pit krew anda. Skrin untuk menetapkan kedudukan mekanik semasa pit stop akan dating tidak lama lagi untuk pasukan F1

Bolehkah quality rendah pereka bentuk boleh merosakkan kerja pereka bentuk kereta?
Dia tidak boleh, kecuali pengurus pekerja projek. Ketua reka bentuk menggunakan kebolehannya termasuk reka bentuk untuk memeberi kesan kepada hasil projek pembangunan dan juga pembangunan pemimpin kumpulan. Pemimpin berasaskan kebolehan pengurusan projek memberi tugas kepada pekerja didalam pasukan mereka. Pemimpin projek yang bagus memberi tugas yang sukar kepada pereka bentuk yang lebih bagus dan memberi tugas yang lebih senang kepada pereka bentuk yang kurang bagus. Dalam scenario pemimpin yang kurang cekap, hasil akan menjadi kurang baik. Pereka bentuk yang paling lemah tidak akan memberi kesan kepada hasil kerja pereka bentuk yang lebih baik Dia hanya boleh memberi kesan kepada seseorang yang mempunyai kemahiran yang lebih rendah.

Jurutera memerlukan kemahiranjurutera, reka bentuk dan mekanik. Adakah kami harus menggunakan pekerja yang mempunyai salah satu sifat yang tingg atau mereka harus bagus dalam kesemua sifat sifat tersebut?
Terdapat tiada jawapan tepat untuk ini, tetapi saya boleh mengesyorkan untuk menggunakan pekerja yang mempunyai lebih tinggi kemahiran-kemahiran tersebut.

Apa akan berlaku jika pasukan hilang pemimpin pasukan?
Projek pasukan masih boleh berjalan, tetapi kecekapan akan lebih rendah. Kami mengesyorkan anda mengupah seseorang secepat mungkin!


Kereta
Adakah ujian atas pelantar atau terowong angin mengambil lebih banyak hari?
Ini adalah soalan yang bagus untuk menerangkan bagaimana kerja-kerja pembangunan dijalankan. Ia merangkumi 4langkah:
1.Pereka bentuk menyediakan rancangan untuk bahagian
2. Jurutera mengeluarkan bahagian tersebut
3. Jurutera ujian + pemandu menguji bahagian di dalam terowong angin atau pelantar ujian(jika tiada pemandu salah sata jurutera akan memandu kereta tersebut)
4. Kesemua orang akan menganalisis data hasil dari ujian
dan kemudian langkah no. 1 diulangi. Kesuluruhan projek pembangunan merangkumi pelbagai ulangan langkah 1-4. Apabila projek telah selesai, setiap langkah akan telah dilakukan sekurang-kurangnya sekali.


Jika kami menggunakan pembekal, bolehkah kami membangunkan salah satu bahagian selama satu musim sebulum menggunakannya musim seterusnya?Contohnya:enjin, bolehkah kami menggunakan pembekal dan membina enjin sendiri dan memperbaharuinya sehingga sempurna untuk musim seterusnya?
Hanya bahagian aerodynamic harus dibangunkan baru setiap musim. Enjin sama boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Contohnya, membina enjin mudah berqualiti rendah pada harga yang rendah dan menggunakan secara percuma dan menjimat 5-10M semusim. Tetapi, seperti F1 sebenar, perubahan peraturan juga berlaku untuk bahagian mekanik juga. Kami juga akan mengugumkan perubahan peraturan enjin(atau bahagian mekanikal lain) tidak akan berubah sekurang kurangya 3 musim. Selepas itu pembangunan enjin harus dijalankan sekali lagi. Juga pembekal enjin kualiti dan perubahan harga juga akan berubah.

Adakah kereta sangat penting seperti F1 sebenar, atau adakah grandi dan juga pemandu perancis akan menang semua perlumbaan :-)?
Ya, perbezaan diantara 0% dan 100% quality kereta F1 adalah diantara 12-13 saat di atas trek seperti Melbourne. Perbezaan di Antara McLarenMP4 dan Gallardo(Kereta persendirian) adalah di antara 3%.

Adakah peraturan yang hamper sama seperti F1 sebenar? Dan adakah peraturan digunakan sama dengan musim sebelumnya?Contohnya: 8 enjin semusim dan sebagainya?
Belum lagi, pada musim pertama tiada had ke atas bilangan enjin dan bahagian lain yang digunakan. Kontrak merangkumi penggunaan sebanyak mana bahagian diperlukan daripada pembekal . Pada dasarna anda boleh menggunakan enjin baru setiap perlumbaan. Kami mungkin akan membawa peraturan baru pada musim akan datang. Sama dengan pembangunan bahagian, tetapi anda harus membayar untuk membina bahagian tersebut untuk kesulurhan musim(1M untuk enjin dan bayaran rendah untuk bahagian lain).

Jika saya melakukan satu bahagian selama 5 hari dan kos 100k kemudian menaik taraf 5 hari dank as 100k€, adakah ia sama dengan membayar untuk bahagian selama 10 hari dan 200k€.
Bukan sama tetapi hamper sama. Jika pekerja bekerja dalam projek sama selama 10 hari, dia akan lebih focus daripada jika dia bekerja untuk projek dirancang 5 hari dan memulakan satu lagi projek yang juga dirancang 5 hari. Tetapi perbezaannya tidak besar.

Adakah kami akan menerima tayar Pirelli baru? Dan adakah ia rapuh seperti di F1 sebenar(adalah cool, jadi anda harus membina kereta yang tidak terlalu makan tayar)
Modal tayar adalah sedikit berbeza dengan F1 sebenar. Kami mempunyai tayar basah, tayar lembut dan tayar keras dan akan dikonfigurasikan seperti F1 sebenar but ia tidak semudah itu. Saya tidak pasti bagaimana system ini akan berjalan dan ia mungkin dilakukan pada masa hadapan.

Apakah perbezaan diantara pembekal dan juga produk? Contohnya: Adakah enjin Mercedes bagus untuk jalan lurus, tetapi Renault bagus semasa keluk disebabkan pemetaan?
Ya, perbezaan dapat dilihat di skrin pembekal.

Bagaimanakah kita tahu jika pasukan kami atau pemandu kami menggunakan kers dan/atau drs?
Sistem disini adalah mudah dari awal. Kami tidak mahu menambah pelbagai ‘bugs’ didalam permainan ini pada permulaannya. Jadi DRS dan Kers akan memberi kesan kepada sifat kesulurhan kereta, tetapi tidak akan berubah semasa perlumbaan. Sekali lagi ini akan berubah dalam masa hadapan untuk lebih mencerminkan realiti.

Kita kina boleh memuat naik gambar untuk mengecat kereta F1 kita, saya mahu tahu jika kanvas akan disediakan untuk melukis seperti kereta lain atau disebabkan terdapat pelbagai kerangka ia tidak akan disediakan?
Saya tidak pasti ia diperlukan. Untuk pengguna biasa kita perlukannya kerana bukan semua orang adalah mahir dalam pereka grafik, tetapi pasukan F1, saya pasti seseorang boleh menolong anda :)

Kami berbincang tentang pembangunan kereta, dan cuba memahami hubungan diantara bajet projek dan kualiti bahagian. Adakah ia lurus, atau seperti perbezaan di antara 1juta dan 3juta hanya akan berbeza 10%( kualiti diperolehi, contohnya 30%-33% atau 33%-37%) Soalan sama tetapi dengan jangka masa. Atau ia adalah rahsia? :)
Susah untuk diterangkan. Tetapi anda boleh berharap bahawa lebih banyak wang digunakan lebih baik bahagian dihasilkan dengan kecil dipengaruhi rawak.

Bagaimanakah pembangunan dipengaruhi jika saya menukar pekerja atau kemudahan semasa projek dijalankan?
Hasil dari projek dikira setiap hari dan hasil setiap hari pembangunan dijejaskan oleh pekerja dan kemudahan yang terdapat pada hari tersebut. Jika anda bekerja beberapa hari dengan pekerja terbaik pada sesetengah projek, hasil adalah lebih baik dan pembaharuan kereta diperbaharui setiap hari. Tetapi jika kami mengubah pekerja ke projek lain dan hanya meninggalkan beberapa pekerja pada projek tersebut, produk kualiti tidak ditingkatkan secepatnya. Jika membina kualiti kemudahan yang lebih baik kualiti pembangunan dapat diperbaharui.

Bolehkah kami memanjangkan projek atau membatalkan projek tersebut?
Tidak, anda harus membuat keputusan anda dengan berhati-hati sebelum memulakan projek tersebut.

Bolehkah kami membeli bahagian daripada pembekal dan menukarnya ditengah-tengah musim kepada pembekal yang berbeza atau bahagian dibangunkan sendiri?
Anda hanya boleh menandatangani kontrak dengan satu pembekal semasa satu season dan kontrak tersebut tidak boleh dibatalkan. Tetapi, anda boleh menggunakan bahagian sendiri bila-bila masa walaupun telahpun menandatangani dengan pembekal pada musim tersebut.

Mengapa kami mempunyai 3 kumpulan pembangunan dan hanya satu kumpulan jurutera?
Jurutera tidak mememerlukan konsentrasi mental dalam projek, mereka hanya membina bahagian tersebut. Ia tidak kira jika mereka perlu mereka bahagian untuk 3 projek berbeza atau hanya satu projek. Jadi untuk satu projek anda hanya memerlukan 1kumpulan berdedikasi tetapi untuk jurutera dan kumpulan ujian boleh digunakan sama untuk kesemua projek.

by DebiK
Traductor: magnus90
El artículo también está disponible en estos idiomas:
Čeština Dansk Deutsch English Suomi Français Magyar Italiano بهاس ملايو Polski Português Русский Svenska Српски 中文